Sunday, August 23, 2009

Sajak Alam semulajadi

Alam semulajadi

Alam semulajadi
Pemberi hidup dan kenikmatan
Khazanah yang tidak berharga pun
Tidak mengharap balasan
Namun memberinya kepupusan

Alam semulajadi
Perlukah hidup nyawa-nyawa ikan
Mampukah kita bertahan tanpanya
Tentunya tidak

Janganlah kita mengusik ciptaan-Nya
Hanya membangkitkan kemarahan-Nya
Hidup ini hanya sementara
Tentukanlah nasib generasi akan datang.

Thursday, August 13, 2009


Abangnya sedang menakutkan anak bongsu saya yang sedang bermandi air di dalam kolam. Kanak-kanak dan remaja tidak mengira bangsa dan agama untuk bermandi-manda di tempat ini.

Aghilan, iaitu anak keempat saya sedang duduk di dalam mulut katak yang besar. Dia suka sangat dengan katak besar itu sampai dia ingin membawanya ke rumah.

Anak bongsu saya yang nakal itu sedang bersungguh-sungguh menembak abangnya dengan pistol air walaupun dia tidak setinggi pistol tersebut

Suami saya sedang meluangkan masanya dengan anak-anak saya di 'SUNWAY LAGOON'. Anak-anak saya begitu gembira bermain di dalam kolam air. Anak keempat saya takut bermain di kolam air kerana dia tidak setinggi kolam tersebut. Sanjay dan jayshren sedang tolak menolak sesama sendiri untuk mendapatkan 'goggle'. Air kolam di 'SUNWAY LAGOON' sangat sejuk dan bersih.Pada waktu itu saya mengambil gambar mereka yang amat melucukan.

Anak-anak saya telah bersiap sedia untuk pergi ke 'SUNWAY LAGOON' untuk bermain 'indoor games' dan 'OUT GAMES' di. Mereka dinasihati oleh suami saya supaya bersopan dan tidak berkelahi di sana.Saya menyediakan makanan tengahari untuk keluarga saya.

Sunday, May 3, 2009


POOVAN

Poovan adalah anak bongsu saya, berumur 9 tahun. Dia belajar di S.K Puchong Jaya. Hobinya ialah membaca buku.Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang polis yang tegas. Makanan kegemarannya ialah burger.Minuman kegemarannya ialah ice lemon tea. Dia memegangi jawatan sebagai pengawas perpustakkan di sekolahnya. Dia adalah anak kesayangan kesekeluarga. Dia pandai memujuk ayahnya jika membuat kesalahan daripada mendapat denda. Dia juga mengusik abang-abangnya. Perkelahian berlaku sesama abangnya kerana Poovan. Tugas mingguannya adalah melipat sarung kaki sekolah abangnya dan menolong ayahnya untuk mengelap almari, katil dan meja. Selepas balik dari sekolah dia akan menunggu untuk abang-abangnya pulang dari sekolah.

AGHILAN

Aghilan ialah anak keempat,umurnya ialah 11 tahun dia belajar di S.K Puchong Jaya. Hobinya ialah membaca komik Detective Conan. Cita-citanya ialah untuk menjadi seorang juruterbang. Makanan kegemarannya ialah nasi ayam. Minuman kegemarannya ialah coca-cola. Dia ialah seorang pendiam tetapi suka mengusik adiknnya. Selepas sekolah, dia akan tidur di sofa kecil. Dia juga pandai melukis gambar dan kartun. Tugasan mingguannya ialah memutihkan kasut dengan menggunakan 'polish'. Kawan-kawan di sekolahnya adalah budak melayu dan cina. Dia pandai memukau ayahnya untuk mendapat sesuatu barang yang diingini. Aghilan juga menyayangi adik bongsunya. Aghilan suka menulis diari jika abang atau ayahnya memarahi.



NAVEEN

Naveen adalah anak ketiga saya, berumur 13 tahun. Dia mendapat 5A dalam Peperiksaan UPSR. Dia belajar di S.M.K Seksyen 3 Bandar Kinrara. Dia memegangi jawatan sebagai pengawas di sekolahnya. Hobinya ialah bermain bola sepak, bermain PS2 dan bermain komputer. Cita-citanya ialah untuk menjadi seorang doktor. Makanan kegemarannya ialah pizza. Minuman kegemarannya ialah asam boi. Dia suka mengusik adik bongsunya. Selepas balik dari sekolah dia akan menjaga adik-adiknya. Tugas mingguannya ialah mengelap barang-barang hiasan dan membersihkan kabinet. Setiap hari dia akan kemaskinikan kerja-kerja yang diberi oleh gurunya.

JAYSHREN

Jayshren ialah anak kedua saya yang berumur 16 tahun. Dia belajar di S.M.K Seksyen 4 Bandar Kinrara. Hobinya adalah memelihara haiwan dan melukis. Cita-citanya adalah menjadi seorang doktor haiwan. Makanan Kegemarannya ialah pizza. Minuman kegemarannya ialah asam boi. Dia suka mencuri makanan seperti asam limau nipis dan limau kasturi yang saya simpan untuk masakan sambal. Dia suka mengusik adik-adiknya yang sedang membaca buku. Dia juga sangat cemburu pada abang sulungnya kerana dia menggagap saya memilih kasih. Dia memegangi jawatan sebagai pengawas pusat sumber di sekolah. Dia suka menolong saya semasa memasak.Tugas minggunnya ialah mencuci tandas dan menyeterika pakaian sekolah semua adik-beradiknya. Selepas dia balik dari sekolah dia akan memberi makanan untuk haiwan peliharaannya. Dia juga kacak dan tampan seperti ayahnya.

SANJAY

Sanjay adalah anak sulung saya, berumur 19 tahun. Dia adalah seorang murid yang cemerlang. Dia telah mendapat 7A dalam peperiksaan PMR dan mendapat mendapat 7A dan 3B dalam peperiksaan SPM. Dia sedang belajar 'foundation' di Kolej Segi. Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang doktor gigi. Dia seorang pendiam dan peramah.Tugasnnya pada setiap hujung minggu adalah mop lantai dan cuci kasut sebanyak sepuluh pasang kepunyaan adik-adiknya. Hobinya ialah menggunakan komputer, bermain 'PS2', bermain gitar dan mendengar lagu-lagu inggeris. Makanan kegemarannya ialah sambal petai dan rendang ayam. Minuman kegemarannya ialah 'Nescafe'.

SUAMI SAYA

Nama suami saya ialah V.Gunaseelan, berasal dari Kuala Ketil, Kedah. Umur dia 49 tahun, dia bekerja sebagai Pengurus Syarikat Insurans di Petaling Jaya. Dia adalah seorang bekas guru di SJK (T) Pengkalan Hulu, di sekolah tersebut saya menjadi guru sementara selama dua tahun semasa itulah saya berjumpa dengan suami saya dan mencintainya selama tujuh tahun dan saya berkahwin dengannya pada tahun 1989. Suami saya seorang ijazah dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu di UM pada tahun 1988. Suami saya adalah seorang peramah dan juga suka menolong orang yang memerlukan bantuan. Suami saya adalah anak sulung dalam keluarganya. Suami saya menolong saya menguruskan rumah tangga dan juga mengajar anak-anak kami pada waktu malam setiap hari. pada musim cuti sekolah, suami saya akan membawa anak-anak kami bersantai di negeri-negeri di Malaysia. Suami saya membuat jadual tugasan harian untuk lima orang anak untuk mengurangkan beban saya. Suami saya nampak kacak dan tampan, ramai perempuan suka padanya.

SEKAPUR SIRIH DARI PENULIS

Sekapur sireh dari penulis, Selamat datang ke blog Sarsvete. Anda pasti akan kagum dengan menemui sesuatu yang unik. Marilah kita bersama-sama menerokai maklumat.

Nama : K.Sarsvete
Asal : Hulu Perak
Umur :49 Tahun
Pekerjaan : Guru
Tempat Pekerjaan : SJK(T) Castlefield
Pengalaman Mengajar : 28 Tahun
Hobi : Memasak
Makanan Kegemaran : Nasi Lemak
Minuman Kegemaran : Asam Boi
Anak : 5 orang anak lelaki
Nama Suami : V.Gunaseelan
Menetap Di : Puchong Jaya

Saya seorang ibu yang aktif dan guru yang tegas. Saya adalah guru sains. Baru-baru ini saya telah membimbing 5 orang pelajar tahun lima untuk pertandingan 'Science For Young Children' yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Tenaga Nasional Berhad, Bangsar. Saya adalah Ketua Panitia Bahasa Tamil dan juga Guru Kesihatan. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di UPM dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Setiap hari saya terpaksa meluangkan separuh masa menjadi guru sekolah dan separuh masa lagi sebagai ibu di rumah. Di samping itu, saya terpaksa menghadiri kelas malam4 hari seminggu. Ini menjadi salah satu beban yang besar tetapi suami saya dan anak-anak saya sentiasa menolong menguruskan kerja-kerja rumah dan juga 'assignment' saya.

RESEPI RENDANG AYAM

RESIPI
BERKONGSI....RESIPI

Rendang Ayam

Bahan-Bahan


DIKISAR

.5 ketul ayam
.6 ulas bawang putih

.3 batang serai
.1 cm halia

.1 cm lengkuas

.20 tangkai cili kering

DIHIRIS HALUS
.1 helai daun kunyit

.garam dan bahan perasa secukupnya
.sedikti minyak untuk menumis
.120 gm kerisik
.300 ml santan


CARA MEMBUAT
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.Biarkan hingga garing dan naik baunya
2.Masukkan ayam bersama santan.Biarkan sampai mendidih dan kuahnya menjadi
pekat.Taburkan daun kunyit dan masukkan kerisik.Gaul rata
3.Akhir sekali, perasakan dengan garam dan bahan perasa dengan secukupnya.Setelah kuahnya
menjadi pekat, angkat dan hidangkan di dala pinggan.

Saturday, May 2, 2009

JAGUNG MUDA KERINGKAN CAMPAK

Campak seringkali menyerang kanak-kanak.Bagi ibu-bapa yang mahu mempercepatkan proses menghilangkan campak,ambil beberapa buah jagung muda yang telah direbus.Sisir dan kemudian kisar butiran jagung sehingga halus.Sapukan ke seluruh tubuh dan lakukan dua kali sehari

Wednesday, April 15, 2009


Pengenalan
-Salah satu faktor globalisasi adalah media massa
-Evolusi yang berlaku sejak media akbar diperkenalkan sebagai medium penyebar maklumat kini sudah mula berkembang secara beransur-ansur sehinggalah pengenalan dunia informasi dan teknologi maklumat .
-Contohnya internet,fax,satelit
-Melauinya kegiataan penyebaran maklumat secara meluas ke seluruh dunia dalam sekelip mata.
-Namun pengkritis sosial mendapati bahawa negera-negara sedang membangun atau mundur sentiasa mengikut rentak budaya, teknologi dan kemahiran, bahasa yang di pelopori oleh media negara maju.
-Salah satu contoh yang paling tepat untuk menghuraikan teori ini ialah aspek teknologi dan kemahiran.
Kita sering bergantung kepada kemahiran oleh negara–negara maju contohnya Amerika, Jerman dan Korea untuk mereka mencipta sesuatu medium komunikasi mengunakan kemahiran mereka.
- Hal ini menyebabkan negara-negara membangun secara tidak langsung bergantung kepada kepakaran negara maju untuk memajukan negara mereka

Teori pembangunan media massa
- Teori pembangunan media massa mengutarakan isu-isu bagaimana kebangkitan sesebuah negara atau bangsa dalam membangunkan masyarakatnya dengan titik tolak pada percepatan pertumbuhan dan kesamarataannya dengan bidang ekonomi sebagai dasar dari semua struktur pembangunan dalam bidang lain, seperti politik, sosial, budaya, dan pertahanan keamanan.
-Peranan media massa adalah meningkatkan tahap pengetahuan masyarakat tentang isu-isu pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka dengan membandingkan isu-isu yang berlaku di seluruh dunia
-Berdasarkan teori-teori pembangunan media massa, evolusi yang berlaku dalam media merupakan salah satu agen pembaharuan yang mendorong masyarakat berperanan secara aktif di dalamnya
-Namun kuasa media massa ini seringkali diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan diri mereka sendiri.
-Pengkritikan dan komen secara terbuka di ambil kira sebagai satu aspek demokrasi yang menjaga hak rakyat sebagai individu yang bebas. Tetapi di Malaysia kebebasan media masih terkawal oleh akta-akta tertentu.

PENGARUH ISLAM DALAM PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU


Tiada sejarah secara jelas,tarikh kemasukan Islam ke Tanah Melayu.Secara faktanya kemasukan Islam bermula di zaman era pemerintah melaka 1400 masihi dengan pengislaman Raja Melaka Parameswara yang menukarkan nama kepada Sultan Iskandar Shah.Namun ,penemuan Batu Bersurat di Terengganu juga membuktikan Islam telah tersebar lebih dahulu daripada kerajaan Melaka.Walaupun jelas kepada cerita,peranan saudagar Arab yang menjalankan perniagaan,selain mereka berniaga pada masa sama turut menyebarkan Agaam Islam.Penerokaan jalan sutera yang merentasi Negeri China menyakinkan juga penyebaran agama Islam Ke Tanah Melayu.

Sepertimana berlaku perubahan yang besar kepada Tamadun Arab,China dan India dengan kedatangan Islam.begitu juga berlaku kepada Tamudun Melayu telah menukar lanskap kehidupan masyarakat Melayu yang agak ketara dari unsur Hindunisme kepada budaya Islam.Dalam soal Aqidah danIbadah secara total perubahan berlaku dalam masyarakat Melayu kerana ia melibatkan pegangan Agama.Namun begitu,perubahan dari segi penggunaan bahasa adat dan kepercayaan masih melalui proses transisi yang agak lama.sebagai contoh,adat melenggang perut masih lagi diamalkan oleh sesetengah masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman.Begitu juga kepercayaan nenek moyang mereka seperti burung gagak berkicau menandakan ada orang akan mati.Dari segi penggunaan bahasa seperti sembahyang masih diamalkan walaupun didalam buku teks sekolah telah menukarkan istilah itu kepada solat.Kita akan lihat secara terperinci nanti perubahan-perubahan yang berlaku dalam Tamadun Melayu kerana pengaruh Islam.